Beberapa minggu ini ...errr.. bukan.. beberapa bulan ini aku memang cukup sibuk.. Study and Business... aku kena bagi masa untuk dua benda yang paling kritikal ni.. So far, study aku ok.. First semester pointer above 3.6... semester kedua ini entahlah.... semakin lama, semakin payah subject ni.. Baru-baru ni kami di suruh buat pilihan untuk memilih majoring masing-masing... aku tekad untuk ambik major bahagian Finance.. For future planning, aku mau jadi lecturer dan dalam masa yang sama buat bisness.. Lagipun aku masih aktif berkecimpung dalam dunia Unit Trust dan Investment.. aku rasa itulah choice yang aku ambik... walaupun ada sebilangan kawan yang 'menghasut' untuk tidak mengambil subjek itu kerana susah...
So hari ahad ni akan bermula lagi semester baru... bermula lagi 'aksi panas' aku dengan buku-buku ku.... mujurlah aku dianugerahkan isteri yang cukup memahami aku dengan sikap ku yang pelupa ini... anak aku pun sudah mula pandai mengomen..
" Kid endak suka babah pigi skoah, kid endak mau babah tinggal kid..."
